Peraturan Pergerakan Pemuda UMNO


PERTUBUHAN KEBANGSAAN MELAYU BERSATU
ATAU UMNO
( UNITED MALAYS MALAYS NATIONAL ORGANISATION )
No. Pendaftaran 676/88 ( Wilayah Persekutuan )





PERATURAN
PERGERAKAN
PEMUDA UMNO






BERSATU – BERSETIA – BERKHIDMAT

KANDUNGAN

                                                                                                                                    Muka

Fasal  1          Darihal Peraturan ini                                                                      1
Fasal  2          Nama                                                                                                 1         
Fasal  3          Tujuan-Tujuan                                                                                 1         
Fasal  4          Keahlian Pemuda                                                                           1
Fasal 5          Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia                                               2
Fasal  6          Mesyuarat Jawatankuasa                                                              7
Fasal 7          Tugas-Tugas Dan Tanggungjawab                                             7
Fasal  8          Pejabat Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia                          7
Fasal  9          Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia                                   8
Fasal  10        Perhimpunan Agung Khas Pemuda UMNO Malaysia                        10
Fasal  11        Badan Perhubungan Pemuda UMNO                                        10
Fasal  12        Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian                                 15
Fasal  13        Pejabat Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian                                    20
Fasal  14        Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian                    20
Fasal 15        Mesyuarat Perwakilan Khas Pemuda UMNO Bahagian         23
Fasal 16        Penubuhan Pemuda UMNO Cawangan                                               23
Fasal  17        Jawatankuasa Pemuda UMNO Cawangan                               23
Fasal  18        Pejabat Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan                      27
Fasal  19        Persidangan Pemuda UMNO Cawangan                                  28
Fasal  20        Persidangan Khas Pemuda UMNO Cawangan                                    30
Fasal  21        Kewangan Dan Harta                                                                     30
Fasal  22        Kesempurnaan Peraturan Ini                                                       31
Fasal  23        Tafsiran                                                                                             31
Fasal  24        Peraturan-Peraturan Mesyuarat                                                   31
Fasal  25        Tarikh Dijalankan Peraturan Ini                                                    31       



FASAL 1
DARIHAL PERATURAN INI
Menurut Fasal 21 Perlembagaan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, bahawa Majlis Tertinggi UMNO berkuasa membuat Peraturan ini yang dinamakan “Peraturan Pergerakan Pemuda UMNO”

FASAL 2
NAMA
Pergerakan ini adalah dinamakan “Pergerakan Pemuda UMNO”, ringkasnya ”Pemuda UMNO”

FASAL 3
TUJUAN-TUJUAN
Tujuan-tujuan Pemuda UMNO ialah:-

3.1
Menggalakkan Ahli-ahlinya mengambil bahagian aktif dalam lapangan agama, politik, pendidikan, ekonomi, kebudayaan, sukan dan kebajikan masyarakat.
 
3.2
Menganjur dan mengadakan latihan kepimpinan dan lain-lain latihan bagi mencapai tujuan-tujuan di atas.
 
3.3
Bekerjasama dengan badan-badan lain yang dipersetujui oleh Majlis Tertinggi UMNO.

FASAL 4
KEAHLIAN PEMUDA

4.1
Setiap Ahli-ahli biasa (lelaki) UMNO yang berumur tidak lebih daripada 40 tahun yang dikira pada 1 Januari pada tahun berkenaan, adalah secara sendirinya menjadi Ahli Pergerakan ini.
 
4.2
Seseorang Ahli Pemuda akan menjadi Ahli Pemuda di dalam Cawangan UMNO dimana ia berdaftar menjadi Ahli Biasa UMNO.
 
4.3
Seseorang Ahli Pemuda tidak boleh menjadi Ahli Pemuda lebih dari satu Cawangan.

4.4
Seseorang tidak lagi menjadi Ahli Pemuda dengan berhentinya ia daripada menjadi ahli UMNO.

FASAL 5
JAWATANKUASA PEMUDA UMNO MALAYSIA

5.1
Sesebuah Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia hendaklah diadakan dengan mengandungi Ahli-ahli seperti berikut:-


5.1.1 Ketua
5.1.2 Naib Ketua
5.1.3 Setiausaha Agung
5.1.4 Penolong Setiausaha (Pemuda)
5.1.5 Penolong Bendahari (Pemuda)
5.1.6 Ketua Penerangan (Pemuda)
5.1.7 Tidak lebih dari 20 orang Ahli Jawatankuasa Pemuda yang dipilih oleh Perhimpunan Agung Pemuda UMNO
5.1.8 Tidak melebihi dari 5 orang Ahli Pemuda yang dilantik oleh Ketua Pemuda UMNO

5.2
Tanpa terikat dengan Fasal 4.1 Peraturan ini Ketua Pemuda hendaklah dipilih oleh Perhimpunan Agung Pemuda tiap-tiap tiga tahun sekali dan akan menjadi Naib Presiden UMNO Malaysia menurut Perlembagaan UMNO Fasal 9.2.3 dan 9.4

 
5.3
Naib Ketua Pemuda dan dua puluh (20) orang Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia hendaklah dlipih oleh Perhimpunan Agung Pemuda tiap-tiap tiga (3) tahun sekali dan mereka bolehlah meneruskan khidmat mereka sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO dalam tempoh perlantikan tersebut walaupun telah berumur 40 tahun atau lebih.
 
5.4
Setiausaha Agung UMNO dengan sendirinya menjadi Setiausaha Pemuda UMNO.
 
5.5
Penolong Setiausaha (Pemuda), Penolong Bendahari (Pemuda) dan Ketua Penerangan (Pemuda) dan lima (5) orang Ahli Jawatankuasa Pemuda boleh dilantik oleh Ketua Pemuda dan disahkan oleh Presiden dan akan memegang jawatan mereka selama tiga (3) tahun kecuali mereka meminta berhenti atau diberhentikan oleh Ketua.
 
5.6
Calon-calon yang bertanding untuk memegang sebarang jawatan Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia hendaklah dinamakan oleh sekurang-kurangnya :-
(a) Ketua Pemuda                                  - 20%
(b) Naib Ketua Pemuda                          - 15 %
(c) Ahli-ahli Jawatankuasa Pemuda       - 5%
dari jumlah Bahagian yang sah mengikut Fasal 14.3.5 Peraturan ini.
 
5.7
Jika dua pertiga atau lebih bilangan Ahli-ahli Jawatankuasa Pemuda berhenti maka Jawatankuasa itu dianggap telah bubar dan Majlis Tertinggi bolehlah mengadakan Perhimpunan Khas Pemuda UMNO Malaysia bagi menubuhkan semula Jawatankuasa Pemuda dan Majlis Tertinggi berkuasa menentukan tempoh perkhidmatan Jawatankuasa yang baru dipilih itu.
 
5.8
Sekiranya seseorang Ahli Jawatankuasa Pemuda tiada lagi memegang jawatannya atas apa-apa sebab sekalipun maka Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia tidak berkuasa melantik gantinya kecuali Ahli-ahli Jawatankuasa yang dilantik menurut Fasal 5.1.4,5.1.5,5.1.6, dan 5.1.8 Peraturan ini yang mana Ketua Pemuda UMNO Malaysia berkuasa melantik gantinya.
 
5.9
Pegawai-pegawai Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia ialah :-
 

5.9.1 Ketua
5.9.2 Naib Ketua
5.9.3 Setiausaha Agung
5.9.4 Penolong Setiausaha (Pemuda)
5.9.5 Penolong Bendahari (Pemuda)
5.9.6 Ketua Penerangan (Pemuda)

5.10
Tugas-tugas pegawai dalam Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia :-
5.10.1 Ketua
           5.10.1.1 Membantu tugas-tugas Presiden
           5.10.1.2 Menjadi pemimpin utama kepada Pemuda UMNO dan
                         bertanggungjawab menjaga kesempurnaan.           


           5.10.1.3 Melantik Penolong Setiausaha (Pemuda), Penolong Bendahari                      (Pemuda) dan Ketua Penerangan (Pemuda) dan Ketua Pemuda Perhubungan Negeri dan Wilayah Persekutuan.                     


           5.10.1.4 Memanggil dan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia.


           5.10.1.5 Melantik lima (5) orang Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia mengikut Fasal 5.1.8 Peraturan ini.


5.10.2 Naib Ketua


           5.10.2.1 Membantu tugas-tugas Ketua   


           5.10.2.2 Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia apabila Ketua Pemuda tidak hadir.


5.10.3 Setiausaha Agung :-
            Menerima maklum dan memberi garis panduan mengenai perjalanan Pemuda
            UMNO yang dirujukkan oleh Penolong Setiausaha (Pemuda).


5.10.4 Penolong Setiausaha (Pemuda):-           


            5.10.4.1 Bertanggungjawab kepada Ketua Pemuda dan Setiausaha Agung UMNO Malaysia.


            5.10.4.2 Bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuaratt-mesyuarat Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia dan Perhimpunan Agung Pemuda serta menyelaras dengan Pemuda UMNO Negeri dan Pemuda UMNO Bahagian.


           5.10.4.3 Menyediakan Penyata Tahunan dan Peringatan Pemuda UMNO Malaysia yang menerangkan pekerjaan dan kemajuan dalam masa setahun yang lalu.


5.10.5 Penolong Bendahari (Pemuda)


           5.10.5.1 Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan Pemuda UMNO Malaysia.


          5.10.5.2 Menyediakan anggaran pendapatan dan perbelanjaan tahunan kepada Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia.


5.10.6 Ketua Penerangan (Pemuda):-


           Bertanggungjawab atas kesempurnaan kegiatan penerangan Pemuda UMNO Malaysia dan melaporkannya kepada Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia.

FASAL 6
MESYUARAT JAWATANKUASA

6.1
Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia hendaklah bersidang sekurang-kurangnya 2 bulan sekali atau pada sebarang masa yang dikehendaki oleh Ketua.
 
6.2
Satu perdua daripada Ahli Jawatankuasa itu adalah menjadi cukup bilangan bagi menjalankan mesyuarat Jawatankuasa.
 
6.3
Sebarang mesyuarat Jawatankuasa hendaklah dipengerusikan oleh Ketua atau Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan sekiranya mereka tidak hadir bolehlah mesyuarat memilih salah seorang daripada Ahli Jawatankuasa yang hadir menjadi Pengerusi.

FASAL 7
TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
Tugas-tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia ialah :-

7.1
Berikhtiar dan berusaha melaksanakan tujuan-tujuan yang terkandung dalam Fasal 3 Peraturan ini.

7.2
Menjalankan arahan-arahan daripada Majlis Tertinggi

7.3
Berikhtiar dan berusaha mencari derma-derma untuk kemajuan Pemuda UMNO dengan persetujuan Majlis Tertinggi atau Presiden UMNO.

FASAL 8
PEJABAT SETIAUSAHA PEMUDA UMNO MALAYSIA
Pejabat Setiausaha Agung UMNO Malaysia adalah juga Pejabat Setiausaha Pemuda UMNO Malaysia.

FASAL 9
PERHIMPUNAN AGUNG PEMUDA UMNO MALAYSIA

9.1
Perhimpunan Agung Tahunan Pemuda UMNO Malaysia hendaklah diadakan setahun sekali dan lebih dahulu dari Perhimpunan Agung UMNO Malaysia.
 
9.2
Sebarang Perhimpunan Agung Pemuda UMNO hendaklah mengandungi Ahli-Ahli sebagaimana yang berikut:-
 
 
9.2.1
Pengerusi Tetap Pemuda dan Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda.
9.2.2
Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia.
9.2.3
Ketua dan Naib Ketua Pemuda Bahagian-bahagian yang telah mengadakan Pewakilannya. Jika mereka menjadi Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia, maka bolehlah melantik gantinya yang terdiri daripada Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap atau Ahli Jawatankuasa Pemuda Bahagiannya.
9.2.4
Dua (2) orang wakil yang dipilih oleh Mesyuarat Perwakilan dari tiap-tiap Bahagian Pemuda UMNO. Mana-mana wakil yang tidak dapat hadir tidak boleh melantik gantinya.
9.2.5
Tidak lebih dari tiga (3) orang wakil Majlis Tertinggi.
 
9.3
Semua Ahli-ahli Perwakilan Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia di bawah Fasal 9.2.4 Peraturan ini hendaklah membawa surat tauliah dari Ketua atau Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian masing-masing.
 
9.4
Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia hendaklah  memilih :-


9.4.1
Pengerusi Tetap Pemuda dan Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda.
9.4.2
Seorang Ketua Pemuda mengikut Fasal 5.2 Peraturan ini.
9.4.3
Naib Ketua dan Jawatankuasa Pemuda mengikut Fasal 5.3 Peraturan ini.
9.4.4
10 orang wakil ke Perhimpunan Agung UMNO Malaysia sebagaimana yang diperuntukkan oleh Fasal 8.4.5 Perlembagaan UMNO.
 
9.5
Semua keputusan Perhimpunan Agung Pemuda hendaklah terlebih dahulu dirujukkan kepada Majlis Tertinggi.
 
9.6
Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia hendaklah dipilih pada tiap-tiap tiga tahun sekali dalam Perhimpunan Tahunannya dari kalangan Ahli Biasa (lelaki) UMNO. Pengerusi Tetap atau Timbalan Pengerusi tetap ini hendaklah menjadi Pengerusi di dalam sebarang Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia melainkan jika mereka tidak dapat hadir atau berhenti atau diberhentikan oleh Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia. Maka berkuasalah Perhimpunan itu mengangkat seorang daripada Ahli-ahli Perwakilan yang hadir menjadi Pengerusi bagi Perhimpunan itu sahaja.

FASAL 10
PERHIMPUNAN AGUNG KHAS PEMUDA UMNO MALAYSIA

10.1
Perhimpunan Agung Khas Pemuda UMNO Malaysia yang mempunyai cara perwakilan yang sama dengan Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia bolehlah diadakan pada bila-bila masa mengikut salah satu syarat yang berikut :-


10.1.1
Dengan kehendak Majlis Tertinggi
10.1.2
Dengan permintaan bertulis dua pertiga daripada Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia dan dengan kebenaran Majlis Tertinggi
10.1.3
Dengan permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya satu perdua daripada jumlah semua Bahagian Pemuda dengan syarat Bahagian-bahagian Pemuda itu telah mengadakan mesyuarat Perwakilan Khas atas masalah yang sama.

FASAL 11
BADAN PERHUBUNGAN PEMUDA UMNO

11.1
Badan Perhubungan Pemuda UMNO bolehlah ditubuhkan di tiap-tiap Negeri dan Wilayah Persekutuan yang mempunyai lebih dari satu Bahagian Pemuda UMNO dengan mempunyai tugas-tugas dan tanggungjawab yang tertentu untuk mentadbirkan perjalanan Bahahagian-bahagian Pemuda UMNO yang ada di dalam sesebuah Negeri dan Wilayah Persekutuan.
 
11.2
Badan Perhubungan Pemuda UMNO hendaklah terdiri daripada:
 
 
11.2.1
Ketua
11.2.2
Naib Ketua
11.2.3
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO
11.2.4
Penolong Setiausaha (Pemuda).
11.2.5
Penolong Bendahari (Pemuda)
11.2.6
Ketua Penerangan (Pemuda)
11.2.7
Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian berhak mengambil tempat Ketua Pemuda di Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan jika Ketua Pemuda Bahagian tidak dapat hadir.
 
11.3
Ketua dan Naib Ketua hendaklah dilantik oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, selepas pemilihan Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia atau pemilihan mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian.

11.4
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO adalah dengan sendirinya menjadi Setiausaha Badan Perhubungan Pemuda UMNO.

11.5
Penolong Setiausaha (Pemuda), Penolong Bendahari (Pemuda) dan Ketua Penerangan (Pemuda) hendaklah dilantik oleh Ketua Badan Perhubungan Pemuda UMNO dan akan memegang jawatan masing-masing sehingga dilantik Badan Perhubungan Pemuda UMNO yang baru atau mereka meminta berhenti atau diberhentikan dengan apa jua sebab sekalipun oleh Ketua dan mereka boleh digantikan oleh Ketua itu.

11.6
Badan Perhubungan Pemuda UMNO hendaklah bersidang sekurang-kurangnya sekali dalam masa 2 bulan atau pada bila-bila masa yang dikehendaki oleh Ketuanya atau Ketua Pemuda UMNO Malaysia ataupun dengan permintaan bersurat dari satu pertiga daripada bilangan Ahli-ahlinya.

11.7
Satu perdua daripada bilangan Ahli-ahli Jawatankuasa adalah menjadi cukup bilangan bagi menjalankan mesyuarat.

11.8
Sebarang mesyuarat Badan Perhubungan Pemuda UMNO hendaklah dipengerusikan oleh Ketua atau Naib Ketuanya dan sekiranya mereka tidak hadir maka bolehlah Ahli-ahlinya yang hadir memilih salah seorang Ahli Jawatankuasa menjadi Pengerusi.

11.9
Pegawai-pegawai Badan Perhubungan Pemuda UMNO ialah :-


11.9.1
Ketua
11.9.2
Naib Ketua
11.9.3
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO
11.9.4
Penolong Setiausaha (Pemuda).
11.9.5
Penolong Bendahari (Pemuda)
11.9.6
Ketua Penerangan (Pemuda)

11.10
Tugas-tugas pegawai dalam Badan Perhubungan Pemuda UMNO :-


11.10.1
Ketua

11.10.1.1 Membantu tugas-tugas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO

11.10.1.2 Melantik Penolong Setiausaha (Pemuda), Penolong Bendahari
                (Pemuda) dan Ketua Penerangan (Pemuda)

11.10.1.3 Memanggil dan mempengerusikan Mesyuarat Badan
                Perhubungan Pemuda UMNO

11.10.1.4 Menjadi wakil ke Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO
                mengikut Fasal 12.2.7 Perlembagaan UMNO
11.10.2
Naib Ketua

11.10.2.1 Membantu tugas-tugas Ketua

11.10.2.2 Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Badan Perhubungan
                Pemuda UMNO apabila Ketua tidak hadir.

11.10.2.3 Menjadi wakil ke Mesyuarat Badan Perubungan UMNO.
11.10.3
Setiausaha Badan Perhubungan :-

11.10.3.1 Menerima maklum dan memberi garis panduan mengenai
                perjalanan Badan Perhubungan Pemuda UMNO yang dirujuk
                oleh Penolong Setiausaha Badan Perhubungan Pemuda UMNO.

11.10.3.2 Menyelia kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat Badan
                Perhubungan Pemuda UMNO.
11.10.4
Penolong Setiausaha (Pemuda) :-

11.10.4.1 Bertanggungjawab kepada Ketua dan Setiausaha Badan
                 Perhubungan Pemuda UMNO.

11.10.4.2 Bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat
                Badan Perhubungan Pemuda UMNO.

11.10.4.3 Memanggil mesyuarat Badan Perhubungan Pemuda UMNO
11.10.5
Penolong Bendahari (Pemuda):-
Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan Badan Perhubungan Pemuda UMNO
11.10.6
Ketua Penerangan ( Pemuda) :-
Bertanggungjawab atas kesempurnaan kegiatan penerangan Badan Perhubungan Pemuda UMNO dan melaporkannya kepada Badan Perhubungan Pemuda UMNO.

11.11
Tugas-tugas dan tanggungjawab Badan Perhubungan Pemuda UMNO ialah :-


11.11.1
Bekerjasama dengan Badan Perhubungan UMNO dan mengatur serta menyesuaikan perjalanan Bahagian-bahagian dan Cawangan-cawangan Pemuda UMNO dalam sesebuah negeri itu.
11.11.2
Menjadi badan perantaraan di antara Pemuda UMNO Malaysia dengan Pemuda Bahagian atas perkara-perkara yang ditugaskan kepadanya.
11.11.3
Mencari sumber-sumber kewangan untuk kemajuan Pemuda dengan persetujuan Badan Perhubungan UMNO.
11.11.4
Menyampai dan menjalankan arahan-arahan yang diterima daripada Pemuda  UMNO Malaysia dan Badan Perhubungan UMNO kepada Bahagian-bahagian Pemuda UMNO dalam Negeri itu.
11.11.5
Bekerjasama dengan Badan Perhubungan UMNO dalam serba lapangan yang dikehendaki.

11.12
Pejabat Setiausaha Badan Perhubungan UMNO adalah menjadi Pejabat Setiausaha Badan Perhubungan Pemuda UMNO.

FASAL 12
JAWATANKUASA PEMUDA UMNO BAHAGIAN

12.1
Pemuda UMNO Bahagian boleh ditubuhkan oleh Jawatankuasa UMNO Bahagian di tiap-tiap Bahagian.

12.2
Tugas dan tanggungjawab sesebuah Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian itu adalah tertakluk di bawah Perlembagaan UMNO dan Peraturan ini.
 
12.3
Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian hendaklah diadakan dengan mengandungi Ahli-ahli seperti berikut :-
 
 
12.3.1
Ketua
12.3.2
Naib Ketua
12.3.3
Setiausaha UMNO Bahagian
12.3.4
Penolong Setiausaha (Pemuda).
12.3.5
Penolong Bendahari (Pemuda)
12.3.6
Ketua Penerangan (Pemuda)
12.3.7
Tidak melebihi dari lima belas (15) orang Ahli Jawatankuasa Pemuda yang dipilih oleh Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian.
12.3.8
Tidak melebihi dari tiga (3) orang Ahli Pemuda yang dilantik oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian.
 
12.4
Ketua, Naib Ketua dan lima belas (15) orang Ahli Jawatankuasa Pemuda Bahagian hendaklah dipilih oleh Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian tiap-tiap tiga (3) tahun sekali.
 
12.5
Setiausaha UMNO Bahagian adalah dengan sendirinya menjadi Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian.
 
12.6
Penolong Setiausaha (Pemuda), Penolong Bendahari (Pemuda), Ketua Penerangan (Pemuda) dan tiga (3) orang Ahli Jawatankuasa Pemuda hendaklah dilantik oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian dan akan memegang jawatan itu selama tempoh Jawatankuasa Bahagian yang berkenaan kecuali mereka berhenti atau diberhentikan oleh Ketua Pemuda Bahagian.
 
12.7
Calon-calon yang bertanding bagi memegang jawatan di dalam Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagan hendaklah dinamakan  oleh sekurang-kurangnya :-
(a) Ketua                            - 15%
(b) Naib Ketua                    - 10%
(c) Ahli Jawatankuasa        - 2 cawangan

12.8
Jika Ketua Pemuda UMNO Bahagian berhenti atau diberhentikan maka Naib Ketua akan memangku jawatan itu dan jika Pemangku Ketua berhenti atau diberhentikan maka Jawatankuasa bolehlah melantik salah seorang Ahli Jawatankuasa untuk memangku jawatan itu sehingga diadakan Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian menurut Fasal 14.3.2 Peraturan ini.
  
12.9
Pegawai-pegawai Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian ialah :-
 
 
12.9.1
Ketua
12.9.2
Naib Ketua
12.9.3
Setiausaha UMNO Bahagian
12.9.4
Penolong Setiausaha (Pemuda).
12.9.5
Penolong Bendahari (Pemuda)
12.9.6
Ketua Penerangan (Pemuda)
 
12.10
Tugas-tugas pegawai dalam Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian.


12.10.1
Ketua

12.10.1.1 Membantu tugas-tugas Ketua UMNO Bahagian.

12.10.1.2 Melantik Penolong Setiausaha (Pemuda), Penolong Bendahari
                (Pemuda) dan Ketua Penerangan (Pemuda)

12.10.1.3 Melantik tiga (3) orang Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO
                Bahagian mengikut Fasal 12.3.8 Peraturan ini.

12.10.1.4 Memanggil dan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa
                Pemuda UMNO Bahagian.
12.10.2
Naib Ketua

12.10.2.1 Membantu tugas-tugas Ketua

12.10.2.2 Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa
                Pemuda UMNO Bahagian apabila Ketua tidak hadir.
12.10.3
Setiausaha UMNO Bahagian :-

12.10.3.1 Menerima maklum dan memberi garis panduan mengenai
                perjalanan Pemuda UMNO Bahagian yang dirujuk
                oleh Penolong Setiausaha (Pemuda) UMNO Bahagian.

12.10.3.2 Menyelia kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa
                Pemuda UMNO Bahagian dan Perwakilan Pemuda.
12.10.4
Penolong Setiausaha (Pemuda) :-

12.10.4.1 Bertanggungjawab kepada Ketua Pemuda UMNO Bahagian dan
                Setiausaha UMNO Bahagian.

12.10.4.2 Bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat
                Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian.

12.10.4.3 Menyediakan Penyata Tahunan dan Peringatan Mesyuarat
                Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian.
12.10.5
Penolong Bendahari (Pemuda):-
Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan Pemuda UMNO Bahagian.
12.10.6
Ketua Penerangan ( Pemuda) :-
Bertanggungjawab atas kesempurnaan kegiatan penerangan Pemuda UMNO Bahagian dan melaporkannya kepada Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian.
 
12.11
Jika dua pertiga atau lebih bilangan Ahli-ahli Jawatankuasa meletakkan jawatan mereka maka Jawatankuasa UMNO Bahagian bolehlah mengadakan Mesyuarat Perwakilan Khas Pemuda UMNO Bahagian untuk memilih Jawatankuasa Pemuda yang baru dan Jawatankuasa UMNO Bahagian bolehlah menentukan tempoh perkhidmatannya.
 
12.12
Sekiranya seseorang Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian tidak lagi memegang jawatannya atas apa-apa juga sebab sekalipun maka Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian tidak berkuasa melantik gantinya kecuali Ahli yang dilantik di mana Ketua Pemuda UMNO Bahagian berkuasa melantik gantinya.
 
FASAL 13
PEJABAT SETIAUSAHA PEMUDA UMNO BAHAGIAN
Pejabat Setiausha UMNO Bahagian adalah juga menjadi Pejabat Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian.
 
FASAL 14
JAWATANKUASA PEMUDA UMNO BAHAGIAN
 
14.1
Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian hendaklah diadakan setahun sekali dan lebih dahulu daripada Mesyuarat Perwakilan Tahunan UMNO Bahagian.

14.2
Sebarang Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian hendaklah mengandungi Ahli-ahli sebagaimana yang berikut:-
 
 
14.2.1
Pengerusi Tetap Pemuda dan Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda.
14.2.2
Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian.
14.2.3
Ketua-ketua Pemuda Cawangan. Sekiranya ia menjadi Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian, maka bolehlah ia melantik gantinya yang terdiri daripada Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap atau Ahli Jawatankuasa Pemuda Cawangan.
14.2.4
Dua (2) orang wakil yang dipilih oleh Mesyuarat Persidangan Pemuda UMNO
Cawangan dalam Bahagian itu, mana-mana wakil yang tidak dapat hadir tidak boleh melantik gantinya.
14.2.5
Tidak lebih dari tiga (3) orang wakil daripada Jawatankuasa UMNO Bahagian.
 
14.3
Tugas-tugas Mesyuarat Perwakilan Pemuda Bahagian ialah:-

 
14.3.1
Memilih Pengerusi Tetap Pemuda dan Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda.
14.3.2
Tertakluk kepada Fasal 12.4 Peraturan ini. Memilih Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Mengikut Fasal 12.3.1,12.3.2 dan 12.3.7 Peraturan ini.
14.3.3
Memilih sepuluh (10) orang wakil ke Menyuarat Perwakilan UMNO Bahagian, menurut Fasal 24.4.6 Perlembagaan UMNO.
14.3.4
Memilih dua (2) orang wakil ke Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia menurut Fasal 9.2.4 Peraturan ini.
14.3.5
Mencadangkan calon-calon untuk bertanding menjadi Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Malaysia mengikut Fasal 5.1.1, 5.1.2 dan 5.1.7 dan Pengerusi Tetap Pemuda serta Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda mengikut Fasal 9.6 Peraturan ini.

14.4
Semua Ahli-ahli Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian di bawah Fasal 14.2.4 Peraturan ini hendaklah membawa surat tauliah daripada Ketua atau Setiausaha Cawangan Pemuda UMNO masing-masing.

14.5
Semua keputusan Mesyuarat Jawatankuasa dan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian hendaklah terlebih dahulu dirujuk kepada Jawatankuasa UMNO Bahagian.

14.6
Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian hendaklah dipilih tiap-tiap tiga (3) tahun sekali dalam Mesyuarat Perwakilan Tahunannya daripada Ahli Biasa (lelaki) UMNO. Pengerusi Tetap Pemuda atau Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda hendaklah mempengerusikan sebarang mesyuarat  melainkan jika mereka tidak dapat hadir atau meminta berhenti atau diberhentikan oleh Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian maka berkuasalah Mesyuarat Perwakilan memilih seorang daripada Ahli-ahli yang hadir menjadi Pengerusi Mesyuarat Perwakilan itu sahaja.

FASAL 15
MESYUARAT PERWAKILAN KHAS PEMUDA UMNO BAHAGIAN
15.1
Perwakilan Khas Pemuda UMNO Bahagian yang mempunyai cara perwakilan yang sama dengan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian bolehlah diadakan pada bila-bila masa mengikut salah satu syarat yang berikut :-
 
15.1.1
Dengan permintaan bertulis dua pertiga daripada Ahli-ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian dan dengan kelulusan Jawatankuasa UMNO Bahagian.
15.1.2
Dengan kehendak Jawatankuasa UMNO Bahagian dan dengan persetujuan Pemuda UMNO Malaysia.

FASAL 16
PENUBUHAN PEMUDA UMNO CAWANGAN

16.1
Pemuda UMNO Cawangan bolehlah ditubuhkan oleh Jawatankuasa UMNO Cawangan dimana Ahli Pemuda adalah sekurang-kurangnya 15 orang.
 
16.2
Sesebuah Cawangan Pemuda UMNO itu adalah tertakluk tugas dan tanggungjawabnya dibawah Perlembagaan UMNO dan Peraturan Pemuda UMNO.
FASAL 17
JAWATANKUASA PEMUDA UMNO CAWANGAN


 
17.1
Hendaklah diadakan sebuah Jawatankuasa Pemuda UMNO Cawangan dengan mengandungi ahli-ahli sebagaimana di bawah ini:-
 

17.1.1
Ketua
17.1.2
Naib Ketua
17.1.3
Setiausaha UMNO Cawangan
17.1.4
Penolong Setiausaha (Pemuda).
17.1.5
Penolong Bendahari (Pemuda)
17.1.6
Ketua Penerangan (Pemuda)
17.1.7
Tidak lebih dari tujuh (7) orang Ahli Jawatankuasa Pemuda yang dipilih oleh Persidangan Pemuda UMNO Cawangan.
17.1.8
Tidak lebih dari tiga (3) orang Ahli Pemuda UMNO yang dilantik oleh Ketua Pemuda UMNO Cawangan
 
17.2
Ketua, Naib Ketua dan tujuh (7) orang Ahli Jawatankuasa Pemuda hendaklah dipilih di dalam Persidangan Pemuda UMNO Cawangan tiap-tiap tiga (3) tahun sekali.

17.3
Setiausaha UMNO Cawangan adalah dengan sendirinya menjadi Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan.

17.4
Penolong Setiausaha (Pemuda), Penolong Bendahari (Pemuda), Ketua Penerangan (Pemuda) dan tiga (3) orang Ahli Jawatankuasa Pemuda hendaklah dilantik oleh Ketua Pemuda UMNO Cawangan dan akan memegang jawatan itu selama tempoh Jawatankuasa Cawangan yang berkenaan kecuali mereka berhenti atau diberhentikan oleh Ketua Pemuda Cawangan.

17.5
Jika Ketua Pemuda UMNO Cawangan berhenti atau diberhentikan maka Naib Ketua akan memangku jawatan itu dan jika Pemangku Ketua berhenti atau diberhentikan bolehlah melantik salah seorang Ahli Jawatankuasa untuk memangku jawatan itu sehingga diadakan Persidangan Pemuda UMNO Cawangan.

17.6
Pegawai-pegawai Pemuda UMNO Cawangan ialah:-


17.6.1
Ketua
17.6.2
Naib Ketua
17.6.3
Setiausaha UMNO Cawangan
17.6.4
Penolong Setiausaha (Pemuda).
17.6.5
Penolong Bendahari (Pemuda)
 
17.7
Tugas-tugas pegawai Pemuda UMNO Cawangan:-

 
17.7.1
Ketua

17.7.1.1 Membantu tugas-tugas Ketua UMNO Cawangan

17.7.1.2 Melantik Penolong Setiausaha (Pemuda), Penolong Bendahari
              (Pemuda) dan Ketua Penerangan (Pemuda)

17.7.1.3 Melantik tiga (3) orang Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO
              Cawangan mengikut Fasal 17.1.8 Peraturan ini.

17.7.1.4 Memanggil dan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa
               Pemuda UMNO Cawangan.
17.7.2
Naib Ketua

17.7.2.1 Membantu tugas-tugas Ketua

17.7.2.2 Mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa
               Pemuda UMNO Cawangan apabila Ketua tidak hadir.
17.7.3
Setiausaha UMNO Cawangan:-

17.7.3.1  Menerima maklum dan memberi garis panduan mengenai
               perjalanan Pemuda UMNO Cawangan yang dirujuk oleh
               Penolong Setiausaha (Pemuda) UMNO Cawangan.

17.7.3.2  Menyelia kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa
               Pemuda UMNO Cawangan
17.7.4
Penolong Setiausaha (Pemuda) :-

17.7.4.1  Bertanggungjawab kepada Ketua Pemuda UMNO Cawangan dan
               Setiausaha UMNO Cawangan.

17.7.4.2  Bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat
                Jawatankuasa Pemuda UMNO Cawangan.

17.7.4.3 Menyediakan Penyata Tahunan dan Peringatan Persidangan
               Pemuda UMNO Cawangan.
17.7.5
Penolong Bendahari (Pemuda):-
Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan Pemuda UMNO Cawangan.
17.7.6
Ketua Penerangan ( Pemuda) :-
Bertanggungjawab atas kesempurnaan kegiatan penerangan Pemuda UMNO Cawangan dan melaporkannya kepada Jawatankuasa Pemuda UMNO Cawangan.

 17.8
Jika dua pertiga atau lebih bilangan Ahli-ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Cawangan berhenti maka Jawatankuasa itu dianggap telah bubar dan Jawatankuasa UMNO Cawangan boleh mengadakan Persidangan Khas Pemuda UMNO Cawangan untuk menubuhkan semula Jawatankuasa Cawangan itu dan Jawatankuasa UMNO Cawangan akan menentukan tempoh perkhidmatannya.

17.9
Sekiranya seseorang Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Cawangan tiada lagi memegang jawatannya atas apa-apa juga sebab sekalipun maka jawatan itu tidak boleh di ganti kecuali Ahli yang dilantik yang mana Ketua Pemuda UMNO Cawangan berkuasa melantik gantinya.

FASAL 18
PEJABAT SETIAUSAHA PEMUDA UMNO CAWANGAN
Pejabat Setiausaha UMNO Cawangan adalah juga menjadi Pejabat Setiausaha Pemuda UMNO Cawangan.

FASAL 19
PERSIDANGAN PEMUDA UMNO CAWANGAN

19.1
Persidangan Pemuda UMNO Cawangan hendaklah diadakan berasingan dan terdahulu daripada Persidangan UMNO Cawangan dan penetapan tarikh Persidangan Pemuda UMNO Cawangan hendaklah dibuat oleh Pemuda UMNO Bahagian setelah dirujuk kepada UMNO Cawangan dan Bahagian.
 
19.2
Sebarang Persidangan Pemuda UMNO Cawangan hendaklah mengandungi:-


19.2.1
Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap.
19.2.2
Jawatankuasa Pemuda UMNO Cawangan.
19.2.3
Ahli-ahli Pemuda UMNO Cawangan yang telah menjelaskan yuran tahun itu mengikut Fasal 25.1 dan 25.2 Perlembagaan UMNO.
19.2.4
Tidak Lebih dari dua orang wakil daripada Jawatankuasa UMNO Cawangan.
 
19.3
Cukup bilangan (kourum) Persidangan Pemuda UMNO Cawangan  adalah sekurang-kurangnya sembilan (9) orang  ahli Pergerakan Pemuda yang telah menjelaskan yuran.
 
19.4
Tuas-tugas Persidangan Pemuda UMNO Cawangan :-
 

19.4.1
Memilih Pengerusi Tetap dan Timbalan Pengerusi Tetap Pemuda.
19.4.2
Tertakluk kepada Fasal 17.2 memilih Jawatankuasa Pemuda UMNO Cawangan sebagaimana Fasal 17.1.1, 17.1.2 dan 17.1.7 Peraturan ini.
19.4.3
Memilih dua (2) orang wakil ke Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian sebagaimana Fasal 14.2.4 Peraturan ini.
19.4.4
Mencadangkan calon-calon untuk bertanding menjadi Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian mengikut Fasal 12.3.1, 12.3.2 dan 12.3.7, dan Pengerusi Tetap mengikut Fasal 14.6 Peraturan ini.
19.4.5
Tertakluk kepada Fasal 9.2.4 Peraturan ini , mencadangkan dua (2) orang wakil Pemuda UMNO Bahagian ke Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia.

19.5
Semua keputusan Persidangan dan Mesyuarat Jawatankuasa Pemuda UMNO Cawangan hendaklah terlebih dahulu dirujuk kepada Jawatankuasa UMNO Cawangan.
 
19.6
Sebarang Persidangan Pemuda UMNO Cawangan hendaklah dipengerusikan oleh Pengerusi Tetap yang dipilih tiap-tiap tiga (3) tahun sekali oleh Persidangan itu dari Ahli-ahli Pemuda UMNO atau Pengerusi Tetap UMNO Cawangan dan sekiranya ia tidak hadir bolehlah Persidangan itu memilih daripada ahli-ahli Persidangan yang hadir menjadi Pengerusi.
 
19.7
Ahli-ahli Pemuda UMNO yang tidak menjelaskan yuran bagi tahun-tahun yang lalu mengikut Fasal 25.1 dan  25.2 Perlembagaan UMNO hilanglah haknya mengikut Fasal 6.2 Perlembagaan UMNO tetapi bolehlah menghadiri Persidangan Pemuda UMNO Cawangan dengan syarat dia tidak boleh mengundi atau membawa apa-apa usul serta tidak boleh dilantik memegang apa-apa jawatan jua pun.
 
19.8
Ahli-ahli Pemuda yang baru didaftarkan sebagai Ahli-ahli Biasa UMNO selepas ditutup tarikh pembayaran yuran tidak berhak mengambil bahagian dalam Persidangan Pemuda UMNO Cawangan mengikut Fasal 6.2 Perlembagaan UMNO tahun berkenaan tetapi boleh hadir sebagai pemerhati.
FASAL 20
PERSIDANGAN KHAS PEMUDA UMNO CAWANGAN
 
20.1
Persidangan Khas Pemuda UMNO Cawangan yang mempunyai cara persidangan yang sama dengan Persidangan Pemuda UMNO Cawangan bolehlah diadakan pada bila-bila masa mengikut salah satu syarat yang berikut :-


20.1.1
Dengan permintaan bertulis dua pertiga daripada Ahli-ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Cawangan dan dengan kelulusan Jawatankuasa UMNO Cawangan.
20.1.2
Dengan kehendak Jawatankuasa UMNO Cawangan dan dengan persetujuan Pemuda UMNO Bahagian.
FASAL 21
KEWANGAN DAN HARTA

21.1
Peraturan Kewangan UMNO hendaklah dipakai sebagai Peraturan Kewangan Pemuda UMNO.

21.2
Tiap-tiap hak tak alih, iaitu tanah dan bangunan kepunyaan Pemuda UMNO, hendaklah didaftarkan di atas nama UMNO pada peringkat yang berkenaan.

21.3
Tiap-tiap harta alih kepunyaan Pemuda UMNO hendaklah didaftarkan mengikut Perlembagaan UMNO.
FASAL 22
KESEMPURNAAN PERATURAN INI
Bagi kesempurnaan Peraturan ini dan perjalanan serta pentadbiran Pemuda UMNO dalam semua peringkatnya maka sebarang perkara yang tidak tersebut didalam Peraturan ini hendaklah dijalankan dengan berpandu kepada Perlembagaan UMNO.
FASAL 23
TAFSIRAN
Jika berbangkit sebarang perselisihan dia atas tafsiran Peraturan ini maka hendaklah perkara ini dirujuk kepada Majlis Tertinggi UMNO dan tafsiran yang diberikannya adalah muktamad.
FASAL 24
PERATURAN-PERATURAN MESYUARAT
Aturan Peraturan UMNO hendaklah dipakai dalam semua peringkat mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO.
FASAL 25
TARIKH DIJALANKAN PERATURAN INI

25.1
Peraturan ini dipersetujukan dengan pindaan Majlis Tertinggi dan akan berkuatkuasanya pada 10hb. Februari, 2001.

25.2
Peraturan ini hanya diakui sah dan berkuatkuasa setelah dipersetujukan oleh Majlis Tertinggi sebagaimana kuatkuasa yang ada padanya menurut Perlembagaan UMNO Fasal 21.